Friday, May 17, 2013

Game Eleven Thing[s] About Me

Assalamualaikum 


Syaza sebenarnya tak pernah main game dekat blog ni , tapi syaza telah di tag oleh Siti Jamilah . Thanks sebab tag akak . hehe bila baca baca tadi rasa macam seronok pulak nak join . so dengan ini akak bersetuju nak join . hihihi ...


Kepada mereka mereka yang syaza akan tag nanti syaza nak bagi tahu korang apa dia peraturan-peraturan dalam permainan ini . 

Ehem , Yang 
Pertama : pemain mesti bagitahu peraturan ini dekat semua / dekat entry ini
Kedua : Tulis sebelas perkara mengenai diri sendiri
Ketiga : Jawab sebelas soalan daripada orang yang telah tag kita tadi / kalau macam syaza , soalan dari Siti .
Keempat :Buat sebelas soalan kepada sebelas orang yang akan korang tag nanti .
Kelima : pilih sebelas blogger dan tag mereka untuk join game ini . dan link kan mereka dengan post ini .
Keenam : diri sendiri tidak dibenarkan untuk tag semula / xboleh dua kali okey .

hahaha syaza buat versi melayu punya . tah macam tunggang langgang je ayat nya , harap faham lah hendaknya . saja je buat versi melayu . 

okey sekrang syaza cerita dekat korang semua , sebelas perkara mengenai diri syaza . hoho .

1 : Macam yang syaza cakap dekat about me blog ni , syaza jenis yang mcm katak dibawah tempurung, syaza jenis yang xambil tahu sangat hal hal negara , hal politik , hal berita terkini , hal memacam lah . jenis yang malas nak ambil tahu . bukan xsuke ambil tahu . #amboi beriya menerangkan . haha

2 : Syaza jenis yang banyak benda yang syaza tak tahu . kebanyakkan orang lain semua dah tahu tapi syaza tak tahu . hahah  #kesian

3 : Jenis yang suka berjalan-jalan , contohnya shopping mall

4 : Kuat merajuk dan juga cepat sangat terasa hati . 

5 : Suka western food and dessert . macam-macam jenis kek suka tu sebab dulu masa sekolah masuk kos bakeri sebab syaza suke kan kek . haha . 

6 : Syaza memang dari dulu tak pakai apa apa jenis wangian . pakai pon bila teringat je , tu pun kalau ada lah 

7 : Perangai syaza bila bersama FAMILY , jenis yang suka memberontak , cepat cemburu , garang .

8 : Syaza jenis yang MALAS makan , tu sebab terlalu kurus .

9 : Jenis yang pemalu dengan orang yang syaza tak kenal . tapi bising bila dengan orang yang syaza kenal . haha

10 : Seorang yang setia pada yang satu :)

11 : Syaza ada jual shawl2 online dekat Facebook . Trisha Bella namanya . kenapa di beri nama Trisha sebab kami bisnes partner 3orang . iaitu syaza , kakak syaz dan juga lecturer syaza :)

Jawapan untuk soalan Siti Jamilah 

1 : Syaza punyai ramai sahabat. dalam ramai ramai syaza sangat sayangkan Siti Nur Farahana , sahabat syaza masa di SMVKK , kerana dia sentiasa ada bersama syaza dimana jua syaza berada , sentiasa menolong syaza susah senang , menjadi pendorong semangat untuk syaza bangkit , selalu menasihati syaza dikala syaza memerlukan . sangat sangat rindukan dia sebab sekarang kami sudah jauh .

2 : Yes , syaza jenis suka berjalan . tapi kalau duduk dekat rumah sendiri dekat Tanjung Malim ni tak boleh keluar sangat sebab syaza kena jaga kedai , kalau dekat rumah sewa sana syaza suka berjalan ke shopping mall .

3 : 5perkara mengenai blog Siti
    - banyak ilmu 
    - comel
    - menggambarkan diri siti juga 
    - Siti pandai bercerita
    - banyak idea yang boleh diikuti 

4 :  Akak Start berblogging sebenarnya daripada akak form5 . tapi blog tak jalan sangat sebab akak jarang balik rumah masa duduk asrama dulu , so akak start betol-betol berblogging dan cantikkan blog akak masa bulan 1 2012 . kire dah 2tahun lah .

5 : kalau kecewe akak selalu cerita semuanya dekat Butang :)

6 : akak nak sangat pergi Genting Highland dengan kawan-kawan . sonoknyaaa .

7 : Hadiah hari lahir paling awesome of couse lah teddy bear akak baru dapat 8 Mei haritu , Niko namanya .

8 : Dapat bercuti bersama keluarga , dapat kenangan manis yang banyak sangat2 masa di SMVKK . dapat result yang memuaskan . #kite geng kan siti :)

9 : 11 Mei 1994

10 : sukeee sangat , Doremon dan Dedective Conan . 

11 : Dalam beg tangan wajib ada Handphone , Wifi Maxis , Dompet , lip ice , bedak . 

Soalan Syaza untuk Korang :)

1 : Pernah pergi luar negara x ? kalau pernah kat mana ? kalau xpernah , tempat mana paling jauh korang pernah pergi ?

2 : selalu sarapan pagi x ? sehari makan berapa kali ?

3 : korang suka beli apa kalau pergi pasar malam ? 

4 : kalau bukak internet , korang selalu bukak apa ? contoh FB , Blog . lagi ? yang interesthing sikit nak tahu 

5 : cerita apa yang best sekarang dekat ? xkesah lah dekat TV ke , dekat Maaduu ke , kat utube ke , ade pape nak share yang syok x dekat syaza ? bosan ni . haha

6 : game apa ya yang syok dekat handphone skrg ? xpon apa apa application yang seronok lah . hihi

7 : korang pakai handphone apa ? laptop apa ?

8 : antara coklat dengan vanila korang akan pilih yang mana satu ? pilih satu je taw .

9 : korang ade BF/GF x ? hihihi , 

10 : kalau korang keluar benda apa yang selalu korang beli ?

11 : komen sikit mengenai blog syaza sertakan sekali cadangan .

orang yang syaza nak korang join game ni :


Syaza tak paksa korang nak join main game ni ke tidak tau . hehehe . kalau ada yang lain yang syaza tak tag tapi nak join main juga pon boleh juga , just komen dekat entry yang ini okey . bagi link korang tu supaya senang syaza nak baca nanti . hehe xsabar nak baca balasan drpd korang , hehe . thanks uolls .

1 comments:

  1. http://ainathirahanuar.blogspot.com/2013/05/segmen-doodle-lappy-by-miraa-hussin.html
    tag akak :)

    ReplyDelete