Tuesday, May 21, 2013

Rasanya macam banyak benda nak cakap

Assalamualaikum

Tengok tajuk pun dah tahu kan . Harini syaza nak bercakap semua benda yang syaza nak cakap .
Pertamanya syaza nak bagitahu syaza akan berada di Festival Belia di Putrajaya 2013 . Syaza dan Kakak syaza akan berada di sana untuk menjual tudung Daripada Trisha Bella . Kami buka booth di sana selama 4 hari . Sesiapa yang ada terfikir nak kesana tu sebelum ni jemput lah datang ke booth kami . Kami ada sediakan banyak free gift kepada sesiapa yang membeli Shawl daripada kami :)



korang boleh jalan jalan tengok apa lagi yang ada disana , mesti seronok dan meriah . jumpa syaza di sana ya :) sesiapa yang rasa-rasa nak pergi tu bagitahu lah syaza . cakap kat cbox pun boleh .

cerita kedua , kalau korang nak tahu syaza sentiasa akan jalan jalan tengok dekat cbox syaza , sesiapa yang komen syaza akan balas dan selalunya syaza akan follow orang tu . dan syaza harap korang pun follow lah syaza balik . sian kita sorang sorang , ehh . 

carita ketiga , lagi nak cerita . syaza dah delete lebih kurang 6post dalam blog syaza ni . entry tu semua syaza delete disebabkan gambarnya tiada , gambarnya xboleh tengok , and kalau korang perasan ada beberapa lagi entry yang sama macam tu , semuanya sebab blog syaza ada masalah xboleh upload gambar semua ni , walaupon sedih syaza rasa syaza nak padam je sebab kalau tengok pon xsyok kan . kebanyakakn syaza delete yang entry syaza jual baju syaza syaza PRE LOVED SALE tu . semua syaza dah padam sebab gambar tu , haihhh sedih tp terpaksa . 

kalau tgk dekat blog achive ni semua yang dekat bulan dec 2012 sahaja yang mempunyai masalah itu , semua entry syaza sayang tapi terpaksa delete , ni yang double sayang tu pasal xdelete . ikutkan hati nak je delete , sebab syaza ni sebenarnya memang jenis yang suke delete . xsuke berserabut .  tapi tu lah , sayang sangat .


yelah , susah lah kan syaza kene carik balik gambar tu and upload balik . rasa cam buang masa ja untuk itu semua kan . yang entry syaza melancung di Pulau Pangkor tu pun sama . gambar nya tak boleh view , uwaaaa rasa macam nak nagis sangat . sebab syaza sayang blog ni , entry tu , kalau nak delete sayang . xkan nak carik balik gambar tu semua and upload semula , mana pulak syaza nak ingat mana satu gambarnya letak dimana semua . cube korang tgk sendiri 5 entry tu , sedih nengoknya .hmm ada apa apa cadangan x korang ?

Cerita keempat yang nak dicerita , haha . kelako pulak bile buat cerita ni . syaza dah complete lesen dah , yeayyyy conoknyaaa , lesen kerete dah siap bulan mei 2012 , lesen moto siap bulan mei 2013 , haha setahun kemudian baru disiapkan . padahal bayar dah separuh dah .


10mei haritu syaza test motor . semua tempat syaza okey kecuali dekat kon , alamak aii , motor kriss tu berat lah , nak kona-kona susah , lepastu syaza xboleh double stand . haha . motor kriss pulak kan , tahu lah berat kan . syaza pulak kecik orangnya , nasib baiklah abang tu cakap xapa . yang sadisnya pula syaza orang last yang test motor . syaza dapat no35 . memang boleh bayang lah bapa lama syaza tunggu . haha . syaza datang sebelum pkol 7 dah sampai , tahu tahu syaza dapat pkol 11lebih baru dapat test . haha xpelah janji syaza lulus :) so sem depan syaza boleh lah bawak motor pergi kolej .

Cerita kelima pula , 11 mei haritu syaza punya bithday ....... hehehe .. kebanyakkan yang wish syaza semuanya dekat Facebook . ada jugalah dekat mesej , whatsapp and wechat tp paling banyak dekat Facebook , yelah sekarang dunia dah maju kan . ada cara yang lebih mudah nak sampaikan maklumat .
btw syaza disini nak ucapkan terima kasih berbanyak2 kepada yang wish dekat syaza , xkesah lah dengan apa cara sekali pon , fb ke whatsapp ke wechat ke semua tu syaza terharu sagt , menandakan ada yang mengingati tarikh itu . and terima kasih kepada ang mendoakan syaza dan segalanya .


syaza juga nak memohon maaf sesangat sebb syaza xdapat balas komen korang dekat fb kesemuanya sebab syaza waktu 11mei tu syaza keluar KL , syaza xbuka fb ada juga lah buka tp sekejap , keesokkannnya pula syaza full time jaga kedai sebab mama baba syaza keluar pergi pahang ada kenduri , so tak ada masa lagi nak buka Fb , dan disebabkan itu syaza penat dan tak ada masa . jadinya hari lusa nya baru syaza free and dh terlewat dua hari syaza baru balas separuh . kira macam isu tu dah expired disebabkan kebusyan syaza . maaf ya semua sayang sayang :)

masa ni dekat Puduraya , hantar syaza pulang ke Tanjung Malim semula , 11mei haritu syaza berjalan berempat dengan Butang , Am dan Amin kawan2 butang semuanya . kami sesama tengok wayang Iron Man yang tersangatlah awesome . 

hadiah yang paling comel dengan suprise yang paling tak disangka , hari iu salah kenangan yang paling bermakna bagi syaza . thanks for this birthday present . namnya NIKO :)


Cerita Keenam , cuti syaza daripada 13April smpai lah 2Jun sudah hampir habis , perasaan tak tahu nak kata sebab ada juga rasa xsabar nak start sem sebab dah bosan duduk rumah hari hari jaga kedai , ada juga rasa takot yang amat disebabkan baru semalam syaza dapat tahu list of subject syaza untuk sem depan mcm perghhh perghhh aduhh kecut perut hahhh . 

sumber daripada kawan syaza Nadhirah Zufar

syaza tak tahu lah ni semua teori ke apa entah , kalau betol semuanya teori MashaAllah boleh pecah pala ni , sem 2 haritu 2subjek teori pun syaza dah semput-semput menghafalnya apatah agi jika 6subjek ? Ya Allah permudahkan lah segalanya . 

sebenarnya sem 4 kami sepatutnya Short sem , and sepatutnya kami cuti 3minggu je , dan disebabkan kata orang atasan kolej kami nak disamakan levelnya dgn Multimedia University (MMU) kami cuti 2bulan sama dorg . dan sitambah pula dengan nak renovate kelas kami yang serba serbi kesederhanaan itu menjadi lebih baik drpd sebelumnya , 

Alhamdulillah sem 3 walaupun agak dalam ketakutan yang agak extreme tetapi dengan berkat doa ibu bapa dan berdoa kepada Allah semua itu amat membatu , walaupun menurun GPA 0.11 dengan result masa Sem2 dan CGPA menurun 0.01 tapi syaza bersyukur sangat , Alhamdulillah .  

apa yang syaza harapkan sem depan ni agar semuanya berjalan dengan lebih teratur dan sistamatik , tidak seperti sem sebelum ni yang agak kelam kabut pada akhir nya . disebabkan ada CEO baru syaza harap semuanya brjalan dengan lancar . 

Ditambah pula sem depan syaza dah ada kemudahan yang lebih menjimatkan masa syaza , terima kasih kepada mama dan babah sebab banyak membantu syaza , kalau sebelum ni kami setiap hari berjalan 15minit dr rumah ke kolej sekarng syaza sudah ada lesen motor , dah boleh lah bawak motor pergi kolej , sudah jimat masa disitu , lagi satu kalau sebelum ni syaza hari hari kene basuh kain sekarang tidak lagi sebab syaza dah bawak mesin basuh untuk memudahkan kami satu rumah , Alhamdulillah . 

kemudian , untuk menjadikan rumah kami home sweet home syaza bawak TV special untuk budak rumah . boleh sesama tgk TV kalau bosan , tp xde lah sampai keterlaluan 24jam pasang kan , hehehe . 

Doakan syaza bersama - sama ya supaya sem depan syaza dapat tekun belajar dengan baik , #dah lah semua teori . doakan syaza lebih rajin dari sebelumnya , doakan syaza dapat tumpu perhatian dalam kelas , doakan hubungan syaza dengan kawan-kawan dan semua orang baik , doakan hubungan syaza dgn lecturer lebih rapat , doakan segalanya berjalan dengan lancar dan akhir sekali doakan syaza berjaya sehingga ke akhirnya , insyaallah , Amin . terima kasih kepada sesiapa yang membaca dan mengdoakan syaza . 
Terima Kasih .

4 comments: